Tuesday, 2 December 2014

Produk IKEA dalam Rumah Kami

Wah tajuk kemain lagi macam nak ngepeng pulak

Hari ni sesaje laa buat entry pasal barang IKEA ni... Masa buat kopi tadi terperasan banyak jugakla barang IKEA dalam rumah ni...



Dulu2 masa zaman study aku tak faham kenapa laa orang suka sangat pegi IKEA... Tapi sekarang baru ku tahu penangan IKEA ni..



Bagi aku antara tarikan IKEA ni ialah boleh dianggap one stop center...macam2 ada, affordable, kualiti kebanyakannya bagus, unik sebab tempat lain takde, dan ergonomic



Kelemahan, kena balik pasang sndiri...huhu



IKEA ni agak jauh dari rumah aku...husband aku tak suka sangat tempat ni sebab crowded...selama tinggal kat Putrajaya ni adalah 2 kali dia bawa aku ke IKEA... Sebab tu kalau mak aku datang sini aku akan ikut mak aku overnight angkut anak2 pergi rumah kakak aku kat sg. Buloh... So boleh la ajak kakak aku ke IKEA sebab dekat la jugak ngan rumah dia.

Ok meh la tengok barang dari IKEA yang berjaya dipancing...


Drawer Chest
Drawer chest ni aku beli untuk letak baju Uthman..sekarang dah ada Hana, share sekali la letak baju Hana.. Space dia dalam dan lebar...material kukuh


Meja kecil / alas meja hijau / vase putih / dedaun (pelesu)




Alas meja putih / pasu kecil / bunga 2 kuntum


 


Sebenarnya alas meja ni aku salah tengok harga...aku ingat 20 hinggit sekali scan amik hang 50 lebih kot...lari bajet aku... Alas ni besar...untuk 8 seated...balik2 je rumah aku terus jahit nak bg fit dengan meja aku...gigih tak gigih tuu...eh mestilah dah terbeli yang mahal, harus aku usaha bagi boleh pakai...tapi sekarang meja tu dah bogel sebab uthman suka tarik alas meja tu...tunggu depa besar sikit aku bubuh balik... pasu dan bunga tu pulak murah je...untuk deco ni aku prefer yang murah2 je...

Baby bathtub




Beli masa uthman baby..tapi aku tak suka sangat sebab cepat berdaki...jenuh aku menyental tambah2 dekat getah anti slip tu...


Step stool




Step stool ni tinggi..tapi aku pakai buat duduk dalam bilik air time mandikan dan cebokkan uthman...sebab ketinggian dia tu bila kita duduk memang selesa untuk kita buat kerja2 macam tu... Tak kuasa la aku nak membongkok atau mencangkung, at the same time boleh jaga posture badan dan peranakan
Nursing / changing table


 
Yang ni aku beli lepas berpantang Hana...abaikan budak kecik tu...dia memang pantang tengok benda baru...ni aku pasang sendiri sebab tak sabar tunggu husband balik kerja pasang table ni... Ak pakai ni bila salin pampers and dressing Hana...ni pun bagus tuk jaga posture badan... Table ni multipurpose..kalau dah tak guna nanti boleh dibuat kabinet...


Baby highchair




Yang ni i believe ramai yang ada anak kecik akan beli...highchair ni kalau kat pasaraya biasa macam carefour, giant, tesco harga dia 60 lebih...tapi di IKEA ni 50 je...


Kitchen utensils rack (stainless steel)




Sealing Klip


 
Yang ni berguna sangat...tak payah nak ikat2 getah...plastik roti, plastik tepung, plastik cili kering and so on aku klip je kalau ada baki lagi...then letak lam bekas


Multipurpose boxes


 
Boleh terbeli box ni sebab aku serabut tengok vitamin ,ubat dan bekas madu bertenggek atas microwave...so bila letak dalam box ni nampak organized sikit...sebelah tu aku letak roti dengan planta...box ni ada holder kiri kanan so senang nak angkat...bila nak brekpas angkat je bekas roti tu letak atas meja...


Laundry bag with stand
Yang ni bag dia dah nak reput aku pakai...ada tak ye jual bag dia je...aku nak beli ganti


Insert shelf


 
Insert shelf ni sesuai untuk dapur yang kecik macam rumah aku ni sebab tak cukup ruang nak letak barang so boleh la susun betingkek2 macam kat atas ni


Food Container


 
Container ni murah je...14.90 ada 17 set...memang berbaloi2 laa...aku beli 2 set...leh simpan makanan dalam freezer..letak gula, kopi etc pun ok...


Baking mould


 
Baking mould Yang ni pun aku silap tengok harga..lari bajet lagi...mahal sikit sbb stainless steel kot... aku suka baking tu yang beli tu...tapi gunanya ada la dalam 2 kali.. Sebabnya oven tu macam tak betul sikit...macam overheated.. Suhu rendah pun boleh rentung kek aku...pastu dalam tak masak...mould ni boleh buka bottom dia...so tak payah susah2 nak kluarkan dan tebalikkan kek dari mould tu


Mixing bowl




yang ni sekali la aku beli dengan mould tu...bekobar nak wat kek la konon...tapi yang ni aku selalu guna... Come with two different sizes... see the holder...selesa nak pegang waktu kita nak mixing


Sealed bag




bagi aku plastik beg ni sangat sesuai tuk peti ais kecik...aku buat isi lauk mcam ikan ayam daging udang, divide into several portions, susun cantik2 lam freezer..lagi jimat ruang compare to letak dalam bekas.. boleh guna banyak kali as it can be resealed over and over sampai hancur plastik tu...

Table lamp

 
lampu romantis gituu...dulu masa berdua je tak de makna nak pakai lampu ni...but after i had a baby kena ada jugak laaa buat tido malam...tak de la gelap gelamat kan...yang ni kena beli bulb yang betul macam yg di suggest oleh ikea...agak mahal bulb dia lebih kurang harga lampu tu...tapi tahan lama..bulb dia malap sikit...so sesuai la buat tidur...aku ni kalau boleh nak murah2 je..masa baru beli lamp ni aku amik bulb yang not recommended which is cheaper...amik kau terang benderang bilik...baik buka lampu terus kan...dah la tak tahan bulb tu...pakai sekejap da terbako

So yang tu je kot barang ikea dalam rumah aku... K laa aku nak sambung buka website ikea nak jamu mata...mana yang mampu kita grab mana yang mahal...berangan jela...

Monday, 24 November 2014

Bila Tiba Hujung Minggu

Yeay weekend datang lagi!!!




Saya suka hari sabtu dan ahad. Sebab husband ada kat rumah seharian. So wife boleh rehat sikit.


Bila suami ada di rumah dia akan ambil alih tugas jaga Uthman. Uthman pun bukan main sombong lagi dengan mama, semua nak abah dia buatkan.. main bersama makan bersama, tidur pun bersama... sampai abah masuk bilik air pun nak ikut.. menangis depan pintu bilik air macam dunia nak berakhir.. amboi sangat dia tu..



So aku buat apa? aku jaga Hana je.. since Hana tak banyak perangai sangat, yela kecik lagi kan.. mama boleh la tidur rehat2..urus diri. Kalau weekdays tak sempat nye nak grooming from head to toe.


Waktu weekend jugak adalah hari yang kami satu famili boleh jalan2. Tak kisah la pergi mana pun... jauh ke dekat... selalunya shoping groceries dan bahan basah... tak pun keluar makan. kalau kat Putrajaya ni aku suka makan kat Umai... kueteow ladna dia sedap... tapi kena pergi betul2 lepas magrib..kalau tak, full house...last week pergi petang...huuh penuh...so jalan2 je laa kat situ



 Ni kat taman tepi Umai



Nampak tak beza tu, Uthman behave je ngan abah...ngan mama noti dia ni..



Sabtu baru ni just pegi Giant Seri Kembangan...nak ke Alamanda, maaf la...confirm crowded...cuti sekolah kan...oh ya ada karnival Upin Ipin jugak kat PICC...tapi idak le kami nak pergi walaupun PICC sebelah kuaters kami ni je...masa nak kluar pergi Giant tu..jam ya rabbi... Kiri kanan bahu jalan berderet kereta parking...tu yang husband tak nak pergi tu...lagipun Uthman tak la minat sangat upin ipin..mana la tau kot2 nanti bila anak2 dah suka..sanggup abahnya redah crowd dan jam tu...




Sampai Giant je terus pekena sizzling yee mee...boleh tahan laa rasa dia..uthman macam biasa melekat je ngan abah dia...Hana pulak dah pandai sekarang..duduk senyap je dalam stroller...tengok gelagat orang lalu lalang..







Dah makan kami pergi shoping sikit...pastu gunting rambut Uthman...da panjang sangat rambut awang ni, sampai tutup telinga...dah la kuat berpeluh



 
Uthman bukan boleh duduk diam tu..kejap toleh kanan kejap toleh kiri..mujur barber tu cekap..zup zap zup zap da siap
 
 
Mama ambil peluang berselfie ngan Hana...tak de orang dalam kedai tu ok laaa...kalau ada orang tak de nya aku nak buat gini.. 




Ahad pulak just rehat2 di rumah...plan nak keluar petang tu..tapi tak jadi sebab hujan lebat sangat..dok rumah teman cek abang tengok bola je la....dan esok tu dah hari isnin...huhu...sekejap nye lahai...oh weekend please come fast....

Monday, 17 November 2014

Hana Rumaisa di Usia 3 bulan

Salam to all...
Kali ni nak cerita pasal anak daraku nan seorang ni... Sekarang dah 3 bulan 2 minggu...
Dalam usia 3 bulan ni mama dah boleh baca perangai Hana. Nak jaga Hana agak senang. pagi2 lepas abah pi kerja kena bagi mandi, kalau tak dia dah mula rimas resah. lepas mandi bagi susu confirm tido. tidur tak kisah dalam buaian boleh, atas katil pun boleh. tapi kalo nak bagi tido lama kna letak dalam buaian laa..


 
Kalau dah jaga, Hana tak suka baring atas tilam, dia suka orang dukung. tapi aku tak ikut sangat laa kemahuan dia tu. aku letak jugak atas tilam. mula2 nangis.tapi aku buat tak tahu je...tengok jer akal dia tu... Lepas tu senyap laa. isap2 jari penumbok dia tu, ngiring2. dah boleh meniarap. Sekarang dah pandai meniarap dek kerana aku biar je dia berbaring... Hana tak macam Uthman. Uthman dulu lambat meniarap. Dah 6 bln pun x mau meniarap lagi. Boleh la nak meniarap tapi sangat susah.


 
Hana ni suka sengih. pantang orang tegur nanti tersenyum je.dah pandai ajak bersembang.. Ada satu malam tu dia terjaga pukul 3 nak susu. lepas minum susu tu dia bantai menyembang. Aku dah mengantuk sangat. Biar je la dia sembang sorang2, sedar2 dah tertido sendiri. Hana sangat suka mandi. Kalau tengah menangis kita buka baju dia nak bagi mandi, dia boleh automatik senyum. Nampak tak, pandai berlakon...


 
Bila malam Hana tidur dalam baby cot. Sebab katil tak muat nak tido sekali, dah la Uthman tidur lasak. Mujur Hana ok tido dalam tu...


So far alhamdulillah Allah permudahkan urusan nak jaga Hana ni. Dulu selalu terfikir macam susah je nak jaga 2 orang anak kecil yang jarak umur sangat dekat.. Tapi aku bersyukur sangat sebab tak susah nak handle Hana. Uthman pun dah makin cerdik, dah pandai bawa diri.


Asyik cerita pasal Hana je kan..


Insyallah next2 entry cerita pasal Uthman pulak ok. Bye...

Sunday, 17 August 2014

Hana Rumaisa

Hari ni dah 18 hari anak kedua ku dilahirkan.. abahnya baru sempat daftarkan kelahiran dia... setelah pening pikir2 nama apa yang sesuai... akhirnya Hana Rumaisa yang kami pilih... mulanya aku cadangkan nak letak nama "rumaisa" je... tapi my hubby kata susah nak sebut..dia nak nama yang pendek dan senang nak sebut.. then dia tambahkan "hana" kat depan... hana sedap didengar dan senang nak sebut... so jadila nama Hana Rumaisa.... Hana bererti kebahagian, rezeki tanpa kepayahan... rumaisa pulak diambil dari nama ar-rumaisa, sahabat nabi... Doa mama untuk anak dara mama ni... semoga Hana Rumaisa binti Muhammad Farid menjadi anak solehah dan sihat sentiasa...

Friday, 15 August 2014

My Cinta Pertama


Salam peeps...

centa pertama dalam konteks ni bukan couple2 pakwe makwe tu ye... tapi my cinta, anak teruna i yang sorang ni...Uthman Fathi Uthman sejak dari lahir memang tak pernah berpisah dengan aku... Kalau waktu abah dia pegi kerja memang kena duduk dengan dia je...masuk dapur dia ikut tolong menyepah barang dapur... masuk tandas dia tunggu tepi pintu...ketuk2 pintu sambil dok membebel... kalau aku tinggal dia kat ruang tamu biar dia main or tengok tv, nanti tak sampai 5 minit dia mula cari aku keliling rumah... nak tidur pun macam tu jugak...kena dodoi dan ulik2 sampai dia tidur...then aku tinggalkan dia senyap2 nak uruskan kerja rumah yang tertangguh... nanti tak sampai setengah jam mula lah dia nangis cari aku.. kalau abahnya temankan, dia tak nak...

masa dia 9 bulan aku dah tak boleh nak bagi dia susu badan secukupnya... susu aku drop, mungkin sebab aku mengandung masa tu... pastu aku train dia guna susu botol...susu formula... tapi x bercerai susu sepenuhnya lagi dengan mama dia ni...kalo nak tido dia nak susu mama... waktu tu risau laa takut nanti dia berebut dengan adik dia especially time nak tido...

2 Shawal Uthman kena HFM disease (hand foot mouth)... kami bawa uthman balik Pendang (rumah PIL) sebab kat umah mak aku ada baby sebaya Uthman...takut bejangkit... rumah PIL aku tak de orang so boleh la nak kuarantin si Uthman ni....my PIL raya di UK rumah BIL...

3 Shawal hari rabu aku bersalin...terpaksa bawa Uthman balik rumah mak sebab tak de siapa nak jaga Uthman... Sepanjang mak jaga Uthman memang tak duduk diam...menangis ja sampai suara hilang...ye la kan dah la demam...pastu duduk dengan orang yang dia tak biasa.... aku ni kat hospital berlinang air mata teringat kan dia... malam my husband tidur dengan dia...tapi meragam dulu laaa sebelum tidur...cari mama dia... tengah malam jaga balik, nangis lagi...

lepas balik dari hospital hari khamis tu...mak tak bagi aku dekat dengan Uthman sebab HFM...takut jangkit ke baby... tapi dah namanya mama kan... tak boleh tahan... malam2 aku masuk bilik uthman yang tidur dengan abahnya, bagi susu dan tidurkan dia.. pastu aku mandi sebelum layan si adik pulak...kena lah mandi dulu kan takut HFM Uthman jangkit kat adik...

hari sabtu abah dia bawa dia pi pendang sebab my PIL da balik...sekali lagi berpisah... aku nangis lagi... uthman pun sama... merengek ja kerja dia, demam kan.. jadi macam tu laa...orang kedah panggil "merap"... 

hari selasa abah dia dah habis cuti...balik Putrajaya... Uthman hantar balik rumah mak... Masa ni Uthman dah tak nak susu mama... minum susu botol ja...mungkin sebab banyak hari tak dapat kan... dalam hati aku, lega rasanya sebab Uthman dah berjaya bercerai susu mama sepenuhnya.. Alhamdulillah...

Hari rabu uthman demam tak kebah2... suhu tinggi around 38-40°c... pegi klinik suspek demam campak... hari jumaat MIL datang ambil dia bawa balik Pendang balik.. huhu lagi sekali nangis aku...

Hari selasa Uthman dah sihat..rupanya campak sekam...sekejap je ruam kat badan dia muncul...pastu hilang... my PIL bawa dia balik rumah mak semula... surprisingly Uthman dah banyak berubah..more independant.. main sorang2 pun tak de hal... happy je... dah makin berani... semua orang dia boleh get along... nangis bila nak susu dan tidur je...tidur malam pun senang...lepas minum susu sebotol...dia tidur sendiri... dengan adik pun dia ok... tak cemburu bila mama pegang adik... selalu sayang adik


uthman masa kena campak sekam

uthman dengan adik

kalau suruh dia sayang adik, ginilah jadinya...sayang pakai dahi..main laga2

kesimpulan di sini...semua yang terjadi Allah dah atur molek daa.. walaupun sedih berendam air mata tengok uthman asyik sakit ja ..tapi akhirnya disebabkan sakit tu...uthman dah boleh adapt dengan keadaan sekarang... berubah jadi lebih berdikari... Alhamdulillah Allah mudahkan urusan mama..

to uthman..mama sayang awak sangat2...kasih mama tak berubah sama macam dulu... adik pun sama..mama sayang sama rata...

Thursday, 14 August 2014

Rengat

Salam to all...

apo tu? pernah dengar tak?

sebelum ni tak tahu pun rengat tu apa...tapi setelah aku alami sendiri baru ku tahu...

rengat tu selalu jadi pada ibuk2 yang baru lepas bersalin... rasa sakit yang macam contraction campur senggugut...sakit weh.. berlaku akibat darah beku dalam perut...darah tak dibuang habis...

right after giving birth hari tu aku rasa sakit...masa bersalinkan uthman dulu bila keluar je baby hilang rasa sakit...tapi kali ni rasa macam ada baby lagi tak keluar... aku bagitau sister...dia kata perasaan aku...

tapi malam tu tidor kat hospital sakitnya ya allah...macam contraction tu...berpeluh2 aku tahan sakit..last2 aku tertidur sampai pagi...siang tu rasa balik...tahan je lah...bagitau doktor...doc kata biasalah rahim tu kembang dan sedang mengalami proses pengecutan...iyolaa tuu..padahal diorang buang darah beku tak habis...

aku sempat google pasal sakit ni masa kat hospital...rupa2 nya orang panggil rengat...selalunya jadi pada ibu2 yang bersalin secara ceasor...

esok tu dah balik rumah..still sakit lagi...lusa tu baru hilang sakit tu...keluarlah darah ketul2..warna kehitaman...

alhamdulillah nothing serious...tapi kalau teruk dan berlarutan memang kena pi klinik masuk hospital balik...tapi syukur sangat aku diuji setakat tu je...

bila sakit rengat ni...aku tak gigih pula meng google cari solution...

kalau korang tau cara atau petua nak atasi rengat ni...silalah kongsi sesama ye...boleh jadikan panduan bersama ye dok...

oklah..sampai disini dulu..nanti kita cerita bab lain pulak ye...

daaaa.....

Salam Syawal

Assalamualaikum peeps... hari ni congak2 dah 18 Shawal... so ak harap tak terlambat lagi untuk ku ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin...
Raya ni rasa lain sangat...raya pertama tanpa ayahnda di sisi... kami beraya di kampung arwah abah sembahyang raya di masjid berdekatan pusara abah... Doa kami semoga roh abah tenang dan ditempatkan di kalangan orang yang bertaqwa
Lama menyepi dari blog ni bukan bermakna blog ni dah pupus ye... aku sebenarnya ada banyak benda nak gebang kat sini...tapi tau2 jala SRT kan...baru nak pegang lappy skit..anak dah huk hek... tambah si Uthman tu kalau nampak mama dia mengadap laptop, mula laa dia pun nak melaptop sama...
ni pun aku baru install blogger dalam hp aku...so boleh laa nk post sikit2 pasal perkembangan diri ni...
oh ye..masa shawal ketiga, alhamdulillah aku selamat melahirkan anak kedua, baby girl... nanti aku story pengalaman bersalin yang kedua ni...
ok laa kita stop kat sini dulu lah ye... nanti kita gebang2 lagi... daa..


 
with my mak

Saturday, 29 March 2014

Jom Try Masak: Resepi Ketam Bercili Campur Telur

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Haa kali ni nak bercerita dan berkongsi resepi masakan ketam goreng bercili campur telur..

Alkisahnya minggu lepas aku balik kampung di Kedah seminggu sebab husband outstation... Masa kat sana tetiba rasa teringin pulak nak makan ketam bercili ni.. jadi request la kat kakak aku yang teror masak ni.. sebelum ni pun makan ketam bercili yang dia masak je... tapi apakan daya tak de rezeki...ketam tak jual pulak kat market hari tu... jadi terpaksalah postpone dan balik Putrajaya tanpa sempat makan ketam bercili...

Lepas tu hari-hari kat rumah asyik dok terpikir ja nak makan ketam... So semalam husband ajak la pegi Ana Ikan Bakar Petai di Bangi untuk makan ketam... tapi semalam aku tak berapa sehat plak..pening kepala satu hari... jadi, terpaksa la cancel...

Pagi tadi husband ajak pegi Giant Seri Kembangan beli stok groceries pastu nak singgah Pasar Borong Selangor sekali beli lauk... so alang-alang dah mengidam.. baik aku pegi beli ketam dan masak sendiri je.. boleh makan puas-puas... Walaupun tak pernah buat ketam bercili, aku hantam saja pakai resepi goreng berlado turun temurun punya.. Maka terhasil lah lauk Ketam Bercili Campur Telur.... Resepi nya seperti kat bawah ni ye...

Inilah ghupenya ketam bercili campur telur versi aku...mangkuk besaq gedabak

Bahan-Bahan
Ketam 4 ekor
Asam keping/gelugor sebesar ibu jari
Serbuk perasa jika suka
Garam
Sebiji telur
Minyak masak
Bahan kisar:
- 13 biji cili kering dibuang biji
- Sebiji bawang besar

Cara-Caranya
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar, asam gelugor, garam dan serbuk perasa secukupnya. Masak hingga pecah minyak, aku suka masak lama sikit sampai cili tu jadi warna merah gelap. Setelah cili masak, tambahkan sedikit air dan masukkan ketam, tutup kuali dan biar ketam masak, didihkan sehingga terbit minyak. Kemudian pecahkan telur dan gaul rata. Setelah telur masak, tutup api dan hidangkan...

Sempoi ja kan...so korang semua kalau sudi boleh la mencuba...


Friday, 7 March 2014

A Good Companion for Pregnant Women

Assalamualaikum....

Dalam Islam untuk bakal ibu-ibu yang tengah mengandung, digalakkan untuk mengamalkan bacaan surah-surah tertentu agar anak yang bakal dilahirkan nanti menjadi anak yang soleh dan sihat tubuh badan.

Masa pregnant ni kalau boleh bila ada masa-masa yang terluang tak kiralah bila dan dimana, mesti nak diisi dengan membaca surah-surah tersebut. Tapi kadang-kadang susah jugak kan nak bawa Quran yang tebal ke mana-mana...

Makanya disini aku nak kongsikan sikit satu buku karangan Ustaz Ku Asmadi bin Ku Muhammad...tajuknya Amalan-Amalan  Al-Quran buat Wanita Hamil....



Buku ni bagi aku sangat berguna masa mengandung...dalam tu ada surah Luqman, Yusuf, Mariam, Taubah, dan Yasin... Selain itu ada beberapa tips dan panduan untuk wanita hamil, makanan untuk wanita hamil, Adab isteri kepada suami ketika mengandung, adab suami kepada isteri, amalan suami ketika isteri mengandung, doa-doa ketika mengadung dan bersalin dan nama-nama Islam untuk anak.

Buku ni best sebab kecik je..boleh simpan dalam beg dan dibawa kemana-mana.. lagi satu cover dia macam buku biasa..so kalau kita nak baca surah-surah kat public, tak de laa nak rasa terganggu ke apa..ye la kalau kita buka Quran, orang akan perasan yang kita tengah baca Quran..nanti takut timbul riak atau tak selesa kan... Kalau boleh biarlah kita buat tu kita-kita je... Khusyuk sikit kan...

So apa lagi..boleh la dapatkan buku ni..untuk diri sendiri atau nak hadiah kat orang ke...pun boleh...

okies...takat ni dulu na...see ya in next entry...  

Thursday, 6 March 2014

Cheklist untuk Ibu Bersalin di Hospital Kerajaan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua..

Seperti tajuk yang begitu straightforward di atas..nak gebang sikit la.. apa yang bakal ibu-ibu perlu bawa kalau nak bersalin di Hospital Gomen ni kan.. Tapi some of them mungkin applicable untuk Hospital Sultanah Bahiyah je kot..sebab aku pun tak pernah pegi hospital kerajaan yang lain..beranak pun baru sekali kann.. Ok terus kepada main topic..aku highlight kan yang penting je la ye...

1. Makanan dan minuman
Wah dah kenapa yang ni jadi nombor satu.. bagi aku laa makanan dan minuman ni penting..sebab apa gitu.. sebabnya Hospital selalunya akan serve makanan 4 kali sehari, pagi, tengah hari, petang dan malam. Jadi stok makanan  dan minuman di kena ada laa..ibu yang bersalin tak boleh perut kosong..nanti masuk angin susah maa.. macam kes aku.. aku siap deliver pukul 11.30 malam..waktu tu perut da berkeroncong laa.. makan pun pukul 6 petang tadi.. jadi aku bawa roti, biskut dan milo 3 in 1..buat alas perut kan..

2. Kelengkapan Bayi
Baju baby aku standby 3 pasang (baju dan seluar), napkin (sukahati printed or plain), blanket, mitten & booty 3 pasang jugak, pampers newborn, wet tissue, towel, topi.
Ok yang betul-betul berguna adalah baju baby tanpa seluar, napkin, blanket, dan pampers, sebab nurse minta yang ni je masa nak mandikan baby.. macam losyen, minyak telon, drapoline, bedak semua hospital provide.. tapi bawa jugak laa..kot kita nak salin pampers baby sendiri kan..
Napkin tu penting tau sebab nurse memang nak yang itu je..kalo kita bagi blanket tipis atau kain lain..dia tak nak..napkin ni diorang guna untuk bedung baby.. satu lagi wet tissue, penting kalau baby terkencing or ter poo poo..senang pakai wet tissue je..

3. Kelengkapan Ibu
Pad, ikut keselesaan samada nak pakai maternity pad atau yang lain..macam aku selesa pakai wing overnight..selesa sangat sebab tebal dan cover pantie habis
Bra & spender secukupnya
Stokin
Towel
Sliper pakai dalam bilik air
Toileteries, bedak etc.
Losyen Mustajab Pati Halia. Penting ni..sapu di kaki, tapak kaki, sebelum pakai stokin, perut dan pinggang..Untuk elakkan angin kus kus
Tudung instant..yang ni aku tak bawa..terlupa..aku pakai bawal..serabut kot..kalau pakai tudung instant lebih mudah dan selesa
Baju tak payah bawak sebab hospital provide baju pink..bertingkek-tingkek diorang letak kat kaunter..boleh salin berapa kali kita nak..Just baju yang nak pakai balik rumah nanti laa...kalau aku, aku pakai baju yang dipakai masa ke hospital..

4. Pinggan, Cawan, Sudu, Termos
Hospital tak sedia semua tu..kena bawa..termos kena ada untuk simpan air panas yang hospital sediakan..so boleh bancuh air any time

5. Charger handfon
Yang ni penting ye sebab nanti semua orang nak call tanya kabar kita..tak pun kita yang nak call orang..batery kena full sokmo.. penting sebab orang sebelah aku masa kat hospital dok pinjam masa tu..kui kui kui

Rasanya setelah diflashback..yang tu je kot barang-barang yang terpenting..yang lain-lain nak bawa pun tak pe..optional..tapi yang diatas tu wajib ada laa..

Okies...Yang tu je kot untuk tika ini.. Nanti kalau i rajin i post entry lagi ye..daaaa

Monday, 17 February 2014

Setelah Sekian Lama

Assalamualikum...

Rasanya hampir setahun lebih aku tak menaip disini disebabkan banyak komitmen yang harus diutamakan....

Dan kini aku melalui fasa baru yang banyak merubah kehidupan...dari single kepada married...dari just a wife kepada mother...dari career woman kepada fulltime housewife....kehidupan agak sibuk melayan karenah anak kecilku...sampai tak sempat nak berblog..ni pun dia tgh dok merengek tepi aku minta perhatian...okay laaa mama stop blogging sat... 

next entry insyallah nak story sikit pasal pengalaman bersalinku......

BYE!


mama kena layan saya dulu taw...pastu baru boleh blogging...