Monday 6 July 2015

Tak tercapai dek akal

Assalamualaikum....

just a short post, cuma nak meluah rasa sedih dengan macam-macam berita di media tentang kekejaman manusia yang tak tercapai akal ku.... kekejaman terhadap umat islam di palestin, syria, yaman, myanmar, thailand dan banyak lagi.... yang paling menyedihkan bila tengok gambar kanak2 yang shahid...kena bom, bayi yang meninggal akibat kelaparan yang melampau, luluh hati ini...tambah2 sekarang dah pegang title mak ni...sesak dada baca berita macam ni....

Itu yang kat luar negara, yang dalam malaysia sendiri, pakat jadi macam binatang, atau lebih teruk dari binatang se level dengan syaitan...dera anak sampai patah tulang, yang baru terbaca semalam bayi kena li**t, nak type pun x sanggup...tak lena malam tidur gara2 terbaca tajuk je...nak baca isi berita tu memang tak sanggup laaa...

Sedih sungguh sampai mengalir air mata ni...uthman anak aku umur dua tahun tu pun tecengang tengok mama dia dok teriyak...tak tahu nak luah macam mana rasa terkilan, marah, sedih ni... nak luahkan kat suami pun tak terkeluar sebab tak sanggup sebut...cuma boleh menulis saja disini...

Ya Allah, tak tercapai akal ku tengok manusia yang macam ni...dulu2 tak de pula dengar cerita scary macam tu...mungkin ada kan, cuma tak mudah tersebar seantero dunia macam sekarang...entahlah

Hari2 hanya mampu berdoa moga Allah lindungi anak2 syurga seluruh dunia...dan untuk orang yang berhati syaitan tu mendapat balasan yang setimpal....

Satu lagi mintak Allah pelihara anak2 kita, sedara mara kita dari musibah malapetaka ini...

mak aku ada share dalam wassap tentang amalan surah2 supaya anak2 kita dilindungi, so aku tepek saja laa kat bawah ni ya, moga kita semua dapat beramal dengan nya...

"Ank yg msih kcil lbih 2 lgi yg prmpuan ibunya @ pnjaga nya tiap2hri bca dngarkn dia ayt Inna anzalnahufi lailatil qodr, ayt Alamnasyroh ,ayt 4qul bila dah boleh ngaji ajar dia bca ayt2 tdi sbgai amalan,
Ibuayah @ pnjaga smasa anknya dah bsar pun selalu bca ayt2 smbil ingat dlm hati "YaAllah hnya Mu lah ku mgharap ats kselmatan ank cucu kami dri,sgala msibah"Amiin....

Lebih2lagi dbca masa ktiadaan dia kuar dri rmah utk prgi blajr atau brjlan2 ngn kwan @sndirian ,bca jngn x bca OK"

Tuesday 19 May 2015

Tak Tahu, Tak perasan, atau Ambil Mudah

Alhamdulillah dari hari ke hari rasa seronok bila tengok artis-artis yang dah berhijrah...kebanyakan artis wanita la kan...mungkin sebab wanita tu diwajibkan "bertudung" which is obviously orang akan nampak... kalau hati kita tak tahu...tu semua Allah je yang tahu...

Tapi bagi artis lelaki kita jarang dengar sangat kan..sebab apa, sebab benda tu orang tak boleh nak judge macam bertudung ni...

Hari tu ada tengok semanis kurma jemput Lah VE, topik lebih kurang macam hijrah kearah kebaikan laa..kan Lah VE sekarang join qasidah berselawat tu...lagu dia pun smua islamik sekarang...

So masa dalam rancangan tu Ustazah norbahiyah ada tanya dia kalau wanita berubah kita boleh tengok dia pakai menutup aurat pakai tudung..tapi kalo Lah dari segi apa perubahan tu yang kita dapat tengok... Lah jawab sambil tersenyum "mungkin saya tak pakai seluar pendek dah kot".... nampak simple kan benda ni...tapi sebenarnya benda ni sama penting macam bertudung sebab aurat lelaki ialah dari pusat sampai lutut...

Alahai mudahnya lelaki nak jaga aurat diorang...cuma jaga bahagian tu jee... tapi kita tengok ramai je kan lelaki yang tak jaga bab ni...tertanya2 juga kenapa...mungkin tak tahu kan...

Bila tengok artis perempuan seksi, kat ig contohnya, sure kena bash ngn netizen kan tapi kalau artis lelaki pakai short nampak pusat apesal tak bash kan...so kat sini boleh assume yang benda ni mungkin orang tak tahu, tak perasan, dan mungkin juga ambil mudah..

kesian la kan bila kita tengok adik beradik kita, suami kita, or ayah kita yang memang berusaha untuk jadi yang terbaik nak berubah kepada yang lebih baik...tapi dalam masa yang sama tak tahu pun aurat yang perlu dijaga...so tugas kita yang dah tahu ni, tegur la mana yang tak betul mana yang kita nampak kan

Satu lagi jangan memandang rendah pada orang yang tak tutup aurat ni kerana hidayah Allah ni Allah akan beri pada sesiapa saja tak kira bila...cuma kita kena lah mencari kan...ianya tak kan jatuh bergolek macam tu saja...

contoh macam mizz nina, salute sangat sebab siapa sangka kan sekarang...masyallah kuasa dan kehendak Allah..terharu tengok perubahan dia...sebelum dia berhiijrah husband dia yang ajak pergi kelas mengaji belajar agama... Alhamdulillah allah bagi hidayah pada dia sebab dia mencari pada awalnya...

Last but not least moga kita sentiasa perbaiki diri jadi insan yang lebih baik dari semalam...

Monday 24 November 2014

Bila Tiba Hujung Minggu

Yeay weekend datang lagi!!!




Saya suka hari sabtu dan ahad. Sebab husband ada kat rumah seharian. So wife boleh rehat sikit.


Bila suami ada di rumah dia akan ambil alih tugas jaga Uthman. Uthman pun bukan main sombong lagi dengan mama, semua nak abah dia buatkan.. main bersama makan bersama, tidur pun bersama... sampai abah masuk bilik air pun nak ikut.. menangis depan pintu bilik air macam dunia nak berakhir.. amboi sangat dia tu..



So aku buat apa? aku jaga Hana je.. since Hana tak banyak perangai sangat, yela kecik lagi kan.. mama boleh la tidur rehat2..urus diri. Kalau weekdays tak sempat nye nak grooming from head to toe.


Waktu weekend jugak adalah hari yang kami satu famili boleh jalan2. Tak kisah la pergi mana pun... jauh ke dekat... selalunya shoping groceries dan bahan basah... tak pun keluar makan. kalau kat Putrajaya ni aku suka makan kat Umai... kueteow ladna dia sedap... tapi kena pergi betul2 lepas magrib..kalau tak, full house...last week pergi petang...huuh penuh...so jalan2 je laa kat situ



 Ni kat taman tepi Umai



Nampak tak beza tu, Uthman behave je ngan abah...ngan mama noti dia ni..



Sabtu baru ni just pegi Giant Seri Kembangan...nak ke Alamanda, maaf la...confirm crowded...cuti sekolah kan...oh ya ada karnival Upin Ipin jugak kat PICC...tapi idak le kami nak pergi walaupun PICC sebelah kuaters kami ni je...masa nak kluar pergi Giant tu..jam ya rabbi... Kiri kanan bahu jalan berderet kereta parking...tu yang husband tak nak pergi tu...lagipun Uthman tak la minat sangat upin ipin..mana la tau kot2 nanti bila anak2 dah suka..sanggup abahnya redah crowd dan jam tu...




Sampai Giant je terus pekena sizzling yee mee...boleh tahan laa rasa dia..uthman macam biasa melekat je ngan abah dia...Hana pulak dah pandai sekarang..duduk senyap je dalam stroller...tengok gelagat orang lalu lalang..







Dah makan kami pergi shoping sikit...pastu gunting rambut Uthman...da panjang sangat rambut awang ni, sampai tutup telinga...dah la kuat berpeluh



 
Uthman bukan boleh duduk diam tu..kejap toleh kanan kejap toleh kiri..mujur barber tu cekap..zup zap zup zap da siap
 
 
Mama ambil peluang berselfie ngan Hana...tak de orang dalam kedai tu ok laaa...kalau ada orang tak de nya aku nak buat gini.. 




Ahad pulak just rehat2 di rumah...plan nak keluar petang tu..tapi tak jadi sebab hujan lebat sangat..dok rumah teman cek abang tengok bola je la....dan esok tu dah hari isnin...huhu...sekejap nye lahai...oh weekend please come fast....

Monday 17 November 2014

Hana Rumaisa di Usia 3 bulan

Salam to all...
Kali ni nak cerita pasal anak daraku nan seorang ni... Sekarang dah 3 bulan 2 minggu...
Dalam usia 3 bulan ni mama dah boleh baca perangai Hana. Nak jaga Hana agak senang. pagi2 lepas abah pi kerja kena bagi mandi, kalau tak dia dah mula rimas resah. lepas mandi bagi susu confirm tido. tidur tak kisah dalam buaian boleh, atas katil pun boleh. tapi kalo nak bagi tido lama kna letak dalam buaian laa..


 
Kalau dah jaga, Hana tak suka baring atas tilam, dia suka orang dukung. tapi aku tak ikut sangat laa kemahuan dia tu. aku letak jugak atas tilam. mula2 nangis.tapi aku buat tak tahu je...tengok jer akal dia tu... Lepas tu senyap laa. isap2 jari penumbok dia tu, ngiring2. dah boleh meniarap. Sekarang dah pandai meniarap dek kerana aku biar je dia berbaring... Hana tak macam Uthman. Uthman dulu lambat meniarap. Dah 6 bln pun x mau meniarap lagi. Boleh la nak meniarap tapi sangat susah.


 
Hana ni suka sengih. pantang orang tegur nanti tersenyum je.dah pandai ajak bersembang.. Ada satu malam tu dia terjaga pukul 3 nak susu. lepas minum susu tu dia bantai menyembang. Aku dah mengantuk sangat. Biar je la dia sembang sorang2, sedar2 dah tertido sendiri. Hana sangat suka mandi. Kalau tengah menangis kita buka baju dia nak bagi mandi, dia boleh automatik senyum. Nampak tak, pandai berlakon...


 
Bila malam Hana tidur dalam baby cot. Sebab katil tak muat nak tido sekali, dah la Uthman tidur lasak. Mujur Hana ok tido dalam tu...


So far alhamdulillah Allah permudahkan urusan nak jaga Hana ni. Dulu selalu terfikir macam susah je nak jaga 2 orang anak kecil yang jarak umur sangat dekat.. Tapi aku bersyukur sangat sebab tak susah nak handle Hana. Uthman pun dah makin cerdik, dah pandai bawa diri.


Asyik cerita pasal Hana je kan..


Insyallah next2 entry cerita pasal Uthman pulak ok. Bye...

Sunday 17 August 2014

Hana Rumaisa

Hari ni dah 18 hari anak kedua ku dilahirkan.. abahnya baru sempat daftarkan kelahiran dia... setelah pening pikir2 nama apa yang sesuai... akhirnya Hana Rumaisa yang kami pilih... mulanya aku cadangkan nak letak nama "rumaisa" je... tapi my hubby kata susah nak sebut..dia nak nama yang pendek dan senang nak sebut.. then dia tambahkan "hana" kat depan... hana sedap didengar dan senang nak sebut... so jadila nama Hana Rumaisa.... Hana bererti kebahagian, rezeki tanpa kepayahan... rumaisa pulak diambil dari nama ar-rumaisa, sahabat nabi... Doa mama untuk anak dara mama ni... semoga Hana Rumaisa binti Muhammad Farid menjadi anak solehah dan sihat sentiasa...

Friday 15 August 2014

My Cinta Pertama


Salam peeps...

centa pertama dalam konteks ni bukan couple2 pakwe makwe tu ye... tapi my cinta, anak teruna i yang sorang ni...Uthman Fathi Uthman sejak dari lahir memang tak pernah berpisah dengan aku... Kalau waktu abah dia pegi kerja memang kena duduk dengan dia je...masuk dapur dia ikut tolong menyepah barang dapur... masuk tandas dia tunggu tepi pintu...ketuk2 pintu sambil dok membebel... kalau aku tinggal dia kat ruang tamu biar dia main or tengok tv, nanti tak sampai 5 minit dia mula cari aku keliling rumah... nak tidur pun macam tu jugak...kena dodoi dan ulik2 sampai dia tidur...then aku tinggalkan dia senyap2 nak uruskan kerja rumah yang tertangguh... nanti tak sampai setengah jam mula lah dia nangis cari aku.. kalau abahnya temankan, dia tak nak...

masa dia 9 bulan aku dah tak boleh nak bagi dia susu badan secukupnya... susu aku drop, mungkin sebab aku mengandung masa tu... pastu aku train dia guna susu botol...susu formula... tapi x bercerai susu sepenuhnya lagi dengan mama dia ni...kalo nak tido dia nak susu mama... waktu tu risau laa takut nanti dia berebut dengan adik dia especially time nak tido...

2 Shawal Uthman kena HFM disease (hand foot mouth)... kami bawa uthman balik Pendang (rumah PIL) sebab kat umah mak aku ada baby sebaya Uthman...takut bejangkit... rumah PIL aku tak de orang so boleh la nak kuarantin si Uthman ni....my PIL raya di UK rumah BIL...

3 Shawal hari rabu aku bersalin...terpaksa bawa Uthman balik rumah mak sebab tak de siapa nak jaga Uthman... Sepanjang mak jaga Uthman memang tak duduk diam...menangis ja sampai suara hilang...ye la kan dah la demam...pastu duduk dengan orang yang dia tak biasa.... aku ni kat hospital berlinang air mata teringat kan dia... malam my husband tidur dengan dia...tapi meragam dulu laaa sebelum tidur...cari mama dia... tengah malam jaga balik, nangis lagi...

lepas balik dari hospital hari khamis tu...mak tak bagi aku dekat dengan Uthman sebab HFM...takut jangkit ke baby... tapi dah namanya mama kan... tak boleh tahan... malam2 aku masuk bilik uthman yang tidur dengan abahnya, bagi susu dan tidurkan dia.. pastu aku mandi sebelum layan si adik pulak...kena lah mandi dulu kan takut HFM Uthman jangkit kat adik...

hari sabtu abah dia bawa dia pi pendang sebab my PIL da balik...sekali lagi berpisah... aku nangis lagi... uthman pun sama... merengek ja kerja dia, demam kan.. jadi macam tu laa...orang kedah panggil "merap"... 

hari selasa abah dia dah habis cuti...balik Putrajaya... Uthman hantar balik rumah mak... Masa ni Uthman dah tak nak susu mama... minum susu botol ja...mungkin sebab banyak hari tak dapat kan... dalam hati aku, lega rasanya sebab Uthman dah berjaya bercerai susu mama sepenuhnya.. Alhamdulillah...

Hari rabu uthman demam tak kebah2... suhu tinggi around 38-40°c... pegi klinik suspek demam campak... hari jumaat MIL datang ambil dia bawa balik Pendang balik.. huhu lagi sekali nangis aku...

Hari selasa Uthman dah sihat..rupanya campak sekam...sekejap je ruam kat badan dia muncul...pastu hilang... my PIL bawa dia balik rumah mak semula... surprisingly Uthman dah banyak berubah..more independant.. main sorang2 pun tak de hal... happy je... dah makin berani... semua orang dia boleh get along... nangis bila nak susu dan tidur je...tidur malam pun senang...lepas minum susu sebotol...dia tidur sendiri... dengan adik pun dia ok... tak cemburu bila mama pegang adik... selalu sayang adik


uthman masa kena campak sekam

uthman dengan adik

kalau suruh dia sayang adik, ginilah jadinya...sayang pakai dahi..main laga2

kesimpulan di sini...semua yang terjadi Allah dah atur molek daa.. walaupun sedih berendam air mata tengok uthman asyik sakit ja ..tapi akhirnya disebabkan sakit tu...uthman dah boleh adapt dengan keadaan sekarang... berubah jadi lebih berdikari... Alhamdulillah Allah mudahkan urusan mama..

to uthman..mama sayang awak sangat2...kasih mama tak berubah sama macam dulu... adik pun sama..mama sayang sama rata...

Thursday 14 August 2014

Rengat

Salam to all...

apo tu? pernah dengar tak?

sebelum ni tak tahu pun rengat tu apa...tapi setelah aku alami sendiri baru ku tahu...

rengat tu selalu jadi pada ibuk2 yang baru lepas bersalin... rasa sakit yang macam contraction campur senggugut...sakit weh.. berlaku akibat darah beku dalam perut...darah tak dibuang habis...

right after giving birth hari tu aku rasa sakit...masa bersalinkan uthman dulu bila keluar je baby hilang rasa sakit...tapi kali ni rasa macam ada baby lagi tak keluar... aku bagitau sister...dia kata perasaan aku...

tapi malam tu tidor kat hospital sakitnya ya allah...macam contraction tu...berpeluh2 aku tahan sakit..last2 aku tertidur sampai pagi...siang tu rasa balik...tahan je lah...bagitau doktor...doc kata biasalah rahim tu kembang dan sedang mengalami proses pengecutan...iyolaa tuu..padahal diorang buang darah beku tak habis...

aku sempat google pasal sakit ni masa kat hospital...rupa2 nya orang panggil rengat...selalunya jadi pada ibu2 yang bersalin secara ceasor...

esok tu dah balik rumah..still sakit lagi...lusa tu baru hilang sakit tu...keluarlah darah ketul2..warna kehitaman...

alhamdulillah nothing serious...tapi kalau teruk dan berlarutan memang kena pi klinik masuk hospital balik...tapi syukur sangat aku diuji setakat tu je...

bila sakit rengat ni...aku tak gigih pula meng google cari solution...

kalau korang tau cara atau petua nak atasi rengat ni...silalah kongsi sesama ye...boleh jadikan panduan bersama ye dok...

oklah..sampai disini dulu..nanti kita cerita bab lain pulak ye...

daaaa.....