Alhamdulillah dari hari ke hari rasa seronok bila tengok artis-artis yang dah berhijrah...kebanyakan artis wanita la kan...mungkin sebab wanita tu diwajibkan "bertudung" which is obviously orang akan nampak... kalau hati kita tak tahu...tu semua Allah je yang tahu...
Tapi bagi artis lelaki kita jarang dengar sangat kan..sebab apa, sebab benda tu orang tak boleh nak judge macam bertudung ni...
Hari tu ada tengok semanis kurma jemput Lah VE, topik lebih kurang macam hijrah kearah kebaikan laa..kan Lah VE sekarang join qasidah berselawat tu...lagu dia pun smua islamik sekarang...
So masa dalam rancangan tu Ustazah norbahiyah ada tanya dia kalau wanita berubah kita boleh tengok dia pakai menutup aurat pakai tudung..tapi kalo Lah dari segi apa perubahan tu yang kita dapat tengok... Lah jawab sambil tersenyum "mungkin saya tak pakai seluar pendek dah kot".... nampak simple kan benda ni...tapi sebenarnya benda ni sama penting macam bertudung sebab aurat lelaki ialah dari pusat sampai lutut...
Alahai mudahnya lelaki nak jaga aurat diorang...cuma jaga bahagian tu jee... tapi kita tengok ramai je kan lelaki yang tak jaga bab ni...tertanya2 juga kenapa...mungkin tak tahu kan...
Bila tengok artis perempuan seksi, kat ig contohnya, sure kena bash ngn netizen kan tapi kalau artis lelaki pakai short nampak pusat apesal tak bash kan...so kat sini boleh assume yang benda ni mungkin orang tak tahu, tak perasan, dan mungkin juga ambil mudah..
kesian la kan bila kita tengok adik beradik kita, suami kita, or ayah kita yang memang berusaha untuk jadi yang terbaik nak berubah kepada yang lebih baik...tapi dalam masa yang sama tak tahu pun aurat yang perlu dijaga...so tugas kita yang dah tahu ni, tegur la mana yang tak betul mana yang kita nampak kan
Satu lagi jangan memandang rendah pada orang yang tak tutup aurat ni kerana hidayah Allah ni Allah akan beri pada sesiapa saja tak kira bila...cuma kita kena lah mencari kan...ianya tak kan jatuh bergolek macam tu saja...
contoh macam mizz nina, salute sangat sebab siapa sangka kan sekarang...masyallah kuasa dan kehendak Allah..terharu tengok perubahan dia...sebelum dia berhiijrah husband dia yang ajak pergi kelas mengaji belajar agama... Alhamdulillah allah bagi hidayah pada dia sebab dia mencari pada awalnya...
Last but not least moga kita sentiasa perbaiki diri jadi insan yang lebih baik dari semalam...
Berubah ke arah kebaikan.. :)
ReplyDeleteMoga 1 hri nti akn mnjadi lbih baik lg..