Friday 4 November 2011

Daydreaming....

Rasanya semua pun dah tahu lusa Umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidiladha...

Dan hari ni aku dah mula godek2 habuk, sapu2 sampah, lap sana sini....adat la kan kalau raya ja, rumah mesti mau cantik, kemas, dan bersih...

Tapi kerja aku kali ni agak slow la sikit..sebabnya fikiran aku ni dah terbang ke tempat ini....

  
Teringin nak ride benda ni...




Dan ini....




Teringin jugak nak ber "island hopping" ke pulau-pulau kecil...tengok eagle-feeding secara live...makan seafood kat tepi pantai...dengan angin sepoi-sepoi bahasa..

wah nikmatnya anugerah Allah ini....


Back in 2008 when i was there


Ok enough with the daydreaming...pi sambung kerja cepat....Daaaaaa... :)

Thursday 3 November 2011

Resepi Bubur Nasi Mak Huda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Disini saya nak kongsikan satu resepi bubur nasi yang paling sedap pernah saya rasa...resepi daripada ibu one of my colleagues, Huda...Terima kasih Pn Shadah bersusah payah tulis resepi ni untuk saya...Kak Una please take note....

BUBUR NASI MAK HUDA

Bahan-Bahan A
Beras 2 pot (direbus)
Daging ½ kati (dipotong dadu)
Udang RM4
Lobak masin RM2 (dipotong dadu)
Carot 1 batang(dipotong dadu)
Daun sup 30 sen
Santan pekat ½ cawan
Serai 4 batang
Garam
Secubit kiub Knor

Bahan-Bahan B (tumis)
Bawang merah 2 ulas
Bawang putih 1 ulas
Halba 1 camca besar
Halia ½ inci

Cara-cara memasak
Tumis bahan B hingga kekuning-kuningan
Masukkan daging
Masukkan air, rebus hingga daging empuk
Masukkan carrot kemudian masukkan serai
Masukkan bubur nasi tadi
Tambah air dan masukkan garam serta kiub Knor
Masukkan lobak masin
Biar mendidih dan kacau rata
Bila lobak masin dah lembut masukkan udang/daging, daun sup dan pati santan
Kacau dan biar mendidih lebih kurang 3 minit kemudian angkat
Hidang bersama bawang goreng dan daun bawang

*air ikut kepekatan yang disukai
*daun bawang ikut keperluan

 Sesiapa yang berminat, feel free to try...

Wassalam....

Sunday 9 October 2011

Apa halnya dengan kucing??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kali ni aku nak berbicara pasal kucing...


Ya kucing, antara binatang kesayangan Rasulullah, actually nabi kita sayang semua binatang...tapi banyak terdapat Hadith Rasulullah yang bersangkut paut dengan kucing...so kucing ni dianggap binatang yang sinonim dengan Rasulullah..

Walaupun begitu, kucing adalah binatang yang aku paling fobia...kalau nampak dari jauh dah mula rasa risau dan berpeluh satu badan...Sejujurnya aku bukan benci atau tak suka kucing, tapi ketakutan melampau yang membuatkan aku tak boleh nak dekat dengan kucing..


Seingat aku, dulu aku bukannya penakut dengan kucing..kalau terjumpa anak kucing, mesti ambil bawa balik konon-konon nak bela walaupun keesokannya aku dah tak nampak batang hidung anak kucing tu....


Dan seingat aku juga, masa aku darjah 4 aku boleh ja nak kendong mak kucing dan letak atas riba...


Begitulah akrabnya aku dengan kucing waktu dulu..


Tapi sekarang jangan kata nak letak atas riba, nak sentuh pun terketar-ketar...


Masa di UIA dulu aku pernah belajar subjek behavioral psychology, dari situ aku sedar beberapa perkara yang menyebabkan aku takut kucing...


Semuanya bermula selepas insiden aku dikejar anjing...Masa tu Allah sahaja yang tahu betapa takutnya aku...lari sampai tak cukup tanah...Jadi sejak kejadian tu aku perasan yang aku mula takut kucing...


Korang mesti pelik kan, apa kaitan anjing dengan kucing, dua binatang yang berbeza dari segi fizikal dan sifatnya...


Jadi di sini lah teori behaviorism tu main peranan, Ianya dipanggil stimulus generalization..


Stimulus adalah sesuatu yang mendorong kita untuk bertindak dalam keadaan tertentu...


Dalam kes aku ni, rasa takut akan dicakar dan digigit anjing adalah stimulus yang mendorong aku untuk lari daripada anjing tu.


Selepas insiden dikejar anjing tu, mindset aku mengatakan kucing juga berkemungkinan akan mencakar dan menggigit aku..disini aku letakkan bahawa kucing akan memberikan stimulus yang sama dengan anjing tu


Jadi dari situlah bermula perasaan takut terhadap kucing...kalau terjumpa kucing aku akan elak dan cuba lari...


Tapi bak kata orang setiap masalah ada penyelesaiannya, setiap penyakit ada ubatnya, dan setiap perasaan fobia ada cara untuk "overcome" nya


Menurut geng-geng behaviorism / behaviorist, rasa takut dan fobia dapat diatasi dengan cara "Systematic desensitization" iaitu melalui cara mendedahkan objek fobia tu kepada "pesakit" secara berperingkat....


Aku letakkan rasa fobia terhadap kucing sebagai contoh....


Bagi menggunakan cara "Systematic desensitization", tempatkan pesakit di dalam satu bilik dengan seekor kucing, jarak antara kucing dengan pesakit tu kita anggarkan 2 meter...Kemudian kita biarkan keadaan seperti itu sehingga pesakit relax dan rasa takut tu berkurangan..


Kemudian bila pesakit tu dah relax sikit, kita kurangkan jarak dari 2 meter kepada 1 meter...dan biarkan sampai dia dapat overcome rasa takut tu...


Kemudian dekatkan lagi sehingga rasa takut dan fobia tu hilang..dan akhirnya pesakit berani menyentuh kucing tu...


Dalam proses ni pesakit akan sedar yang stimulus kemungkinan akan "digigit dan dicakar kucing" tu tidak pun berlaku... 


Itulah sedikit sebanyak yang boleh aku kongsikan...


Sebenarnya aku sendiri tak pernah cuba untuk praktikkan benda ni...sebab tu lah rasa takut tu tak pernah hilang..makin teruk ada laaa...huhuhu


Ok lah ...setakat ni sahaja entry aku untuk kali ni...

Wassalam....

 
                                          *picture credit to google image




Saturday 10 September 2011

Salam Aidilfitri...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah kita dapat sama-sama menjalani Ibadah Puasa selama sebulan...

Dengan menjengahnya syawal ini keluarga dan sanak saudara dapat berkumpul bersama..merapatkan lagi jalinan silaturrahim dan bermaaf-maafan...Insyallah...

Di kesempatan ini, walaupun agak terlambat, saya nak ucapkan...

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin...

Smileeeeee......

Tudung oh Tudung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....


Sebenarnya ada sesuatu yang mendorong aku untuk post entry tentang ni...Benda ni dah berlaku agak lama, tapi aku tak tahu bagaimana nak "express"...

Ceritanya macam ni, hari tu aku ada terbaca pandangan individu di laman FB tentang stail pemakaian shawl dan baju ala Hana Tajima ataupun Yuna..

Individu tersebut  mengutuk cara pemakaian shawl ala Hana Tajima...

Secara jujurnya bagi aku individu tersebut tidak menghormati orang lain kerana secara terang terangan melemparkan kutukan dengan komen yang tak membina...

Bagi aku, itu hak individu kalau mereka nak berfesyen, apa yang penting aurat tu mestilah dicover sepertimana disyariatkan oleh Allah SWT...

Kita tiada hak untuk mengkritik pemakaian orang lain, kecuali jika ianya melanggar hukum Islam, jika pakaian mereka tidak sempurna maka menjadi tangungjawab orang sekeliling untuk menegur...

"Buat apa pakai tudung kalau tangan lengan tak cover, buat apa pakai tudung kalau pakai baju ketat, buat apa pakai tudung kalau nampak dada...."

Kalau yang macam di atas ni boleh la kita kritik, dan tegur...

Tapi kalau dah pakai semua lengkap, buat apa la nak dengki sangat mengutuk secara terang-terangan macam tu, biarlah dia nak berfesyen ala hana tajima ka, hana mak limah ka, selagi dia masih tutup aurat, biarkan dia bebas berfesyen....

Tengok diri kita sendiri dulu, mungkin ada yang tak suka dengan cara kita berfesyen...cuba bayangkan jika ada orang yang mengkritik terang-terangan cara kita berfesyen...apa penerimaan kita terhadap kritikan tu nanti?

Fikir-fikirkanlah sebelum mengkritik, adakah komen itu membina, atau hanya nak menjatuhkan orang lain....

Sebenarnya aku tak pakai pun tudung ala Hana Tajima...so, entry ni bukan sebagai nak defend diri sendiri.....Hanya tak puas Hati dengan orang yang suka kutuk mengutuk ni...

Hi nama cek Hana Tajima and i do cover my Aurah, So What? ada cek kacau hangpa? ...

* picture credit to GOOGLE image

Saturday 13 August 2011

Jom Try Masak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Untuk entry kali ni, aku nak berkongsi dengan hangpa semua 2 resepi masakan yang mudah dan sesuai dimakan untuk sarapan, minum petang dan untuk berbuka pun boleh..Resepi-resepinya adalah Mee Hoon Goreng & Cucur Bakwan

Resepi Mee Hoon Goreng

Bahan-bahannya:

 Bahan kisar (5 tangkai cili kering + 3 ulas bawang putih + sebiji bawang besar + setengah biji tomato)

 Sayur sawi

Mee hoon yang direndam selama 15 minit di dalam air suam


 Fish cake & daging ayam dipotong dadu

Garam + perasa tambahan + sos tiram


Cara Penyediaan

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau

Masukkan sedikit sos tiram, garam, serbuk perasa dan kacau

Kemudian masukkan fish cake dan daging ayam

Masak sehingga pecah minyak

Masukkan mee hoon yang di rendam tadi

Kacau mee hoon sehingga sebati

Jika mee hoon masih keras, tambahkan sedikit air panas dan gaul sehingga lembut dan sebati

Masukkan sayur sawi dan kacau sampai puas hati
Kemudian bolehlah dihidangkan bersama tauhu goreng, telur dadar dan cili kicap cuka

Resepi Cucur Bakwan

Bahan-bahannya:

Tepung gandum

6 ulas bawang putih dikisar halus

Carrot + kobis dicincang dan bawang besar dipotong dadu

Sebuk lada hitam + perasa tambahan + garam

Cara penyediaan:

Campurkan bawang putih yang dikisar tadi bersama tepung gandum dan kacau
Kemudian masukkan sedikit serbuk lada hitam, garam, dan serbuk perasa, kacau sehingga sebati

Adunan menjadi sebati dan likat

Untuk mendapatkan bakwan yang lebih rangup, tambahkan sedikir air, kemudian kacau sehingga adunan menjadi cair sedikit seperti di bawah


Masukkan bawang besar, carrot, dan kobis

Kacau sehingga sebati

Biarkan adunan seketika (15-30 minit) sebelum digoreng

Panaskan minyak dengan api sebegini

Dengan menggunakan sudu, goreng adunan mengikut saiz dan citarasa anda

Alih-alihkan bakwan untuk mendapatkan hasil gorengan yang sempurna

Apabila bakwan sudah kekuning-kuningan, angkat dan toskan

Kemudian bolehlah dihidang bersama teh panas, enak dicecah dengan sos cili Thai.


Amacam? senang kan? So apalagi, selamat mencuba...

Setakat ini sahaja entry untuk kali ini...

Jumpa lagi di entry akan datang...

ASSALAMUALAIKUM...

Sunday 7 August 2011

Penghijrahan

Assalamualaikum whb & Salam Sejahtera....

Hijrah dari apa yang aku faham adalah satu perpindahan atau perubahan, dan secara umumnya adalah perpindahan/perubahan ke arah yang lebih baik...

Apa yang nak dikongsikan disini bukanlah terma untuk hijrah itu sendiri, tetapi aku tertarik untuk kongsikan bersama berita yang aku baca dari Internet..

Mungkin ada di antara yang di luar sana pernah dengar Band Nasyid baru, "Al-Mawlid"..

Ya, al-Mawlid yang bermaksud kelahiran...

Walaupun band ni baru lagi, tapi ahli-ahli nya antara yang Otai jugak...

Actually al-Mawlid ni adalah band hasil gabungan kumpulan yang pernah popular satu ketika dahulu, kumpulan yang mengetengahkan konsep RnB dan acapella...dan kumpulan itu adalah VE, Ruffedge, Innuendo...

 Ini lah kumpulan al-Mawlid

Bagi kumpulan al-Mawlid ni, aku boleh katakan yang ahli-ahlinya telah melalui fasa Hijrah, dari penyanyi yang  menghiburkan masyarakat dengan lagu-lagu mereka yang lebih terarah kepada duniawi kepada lagu-lagu hiburan yang bermesejkan Islam & dakwah..

Sebab tu lah kot nama band ni al-Mawlid (kelahiran)..umpama kelahiran semula dengan mesej lagu yang baru...

Antara lagu kumpulan al-Mawlid yang aku suka adalah "Cahaya Seluruh Alam"


Lagu ni menceritakan tentang puji-pujian buat Rasulullah saw, dan apa yang aku suka tentang lagu ni adalah genre yang digunakan sama seperti lagu-lagu diorang sebelum ni...soothing dan sungguh mendamaikan...

Satu lagi lagu Belaian Jiwa yang diubah dari cinta sesama manusia, kepada cinta kepada Rasulullah...

Apa-apa pun, aku memang support kumpulan yang sebegini, harap diorang teruskanlah usaha untuk menyampaikan lagu-lagu dakwah.. jangan hangat-hangat tahi ayam sudah...

Ok sampai disini sahaja untuk kali ni...see you later....

Wassalam...

*Picture credit to Google Image
*Genre lagu RnB & acapella tu mengikut firasat aku ja...tak tahu betul ke tak, maaf kalau salah

Friday 5 August 2011

Holiday di Batu Ferringhi, Pulau Pinang (Hari Kedua)

Assalamualikum & Salam Sejahtera...

I know it took me too long to update my second day of Penang trip, but at least i still update...And the weakness of delaying posting what i have in mind is maybe it will not be accurate and the length of the post will be shorter from previous day.. I'm apology for that..

Untuk hari ke-2 (Jumaat) kami memulakan "journey" kami di Penang pada pukul 12 tgh..Pagi lepas subuh, 2 of us pergi melepaskan gian kat kolam renang, aku dan Huda tak join, kami berehat2 di apartment sementara tunggu 2 beradik Rahah & Raudzah main air di pool..

Pukul 12 tgh kami dah checkout dari apartment dan tinggalkan kunci pada pak guard. Destinasi seterusnya adalah Komtar..Untuk ke sana, kami naik bas Rapid no 101 dari Bt Ferringhi (Bas yang sama waktu kami dari Jetty ke Bt Ferringhi) bayaran yang dikenakan pun sama jugak, RM 2.70 seorang.



 Bergambar di swimming pool aparment Bayu Emas sebelum bertolak pulang

Kami sampai di Komtar dalam pukul 1 tgh.. niat nak pekena nasi kandar di situ, tapi tak kesampaian sebab kedai nasi kandar tutup bagi menghormati solat jumaat. Ok fine, dengan perut yg bekeroncong ni kami dah tak larat nak cari nasi kandaq kat tempat lain, so, kami lunch di Komtar je lah.. Rezeki kami juga sbb satu ja kedai makan yg dibuka kat atas Komtar ni..yang lain tutup..

Aku & Huda makan nasi campur, sementara Raudzah & Rahah makan nasi ayam...not bad la rasa nya... Kata Raudzah teh tarik kat situ power...so aku pesan satu gelas (Raudzah belanja, Thanks so much)..Memang best teh tarik tu..the best ever..
Kemudian kitaorang solat Jama' taqdim kat area Komtar tu..Plan lepas tu nak pi cari jeruk buah, tapi tak tau di mana tempat menjual jeruk..

Alhamdulillah masa solat di surau terjumpa dua gadis dari Kelantan yng menetap di situ..diorang la yang  tunjukkan tempat jual jeruk tu..tak silap aku tempat tu nama Penang street..so dari Komtar kami just jalan kaki ke Penang Street, dekat ja...

Sampai ja kat Penang Street tu memang ramai penjual jeruk and most of them are chinese, dan kami memilih kedai Melayu Muslim..menurut pakcik kedai tu, cuma kedai diorang ja melayu..tapi aku dah lupa apa nama kedai tu..

Disitu ada bnyak jenis jeruk buah yang dijual..aku pilih yang dah siap packing..jeruk buah campur-campur.. RM5 sepeket..boleh la aku bawak balik 2-3 peket utk sedara-mara aku..

eksaited jumpa jeruk..






 Begambar berlatar belakang balai polis (berhadapan dengan Penang Street)

Setelah puas memilih dan membeli jeruk buah, kami betolak ke Jetty Georgetown. dengan menaiki bas Rapid..Tiba di Jetty Georgetown kami berhajat nak makan laksa di sana.. sekali kedai dah tutup, disebabkan hari dah petang, stok laksa dah habis...tak dak rezeki nak merasa laksa Penang..
Dengan hati yang hampa kami naik feri ke Jetty Butterworth..sampai disana terus cari kedai yang jual laksa..Alhamdulillah, jumpa jugak laksa yang diidam.. kami pekena laksa di stesen bas butterworth...di situ diorang tempatkan tapak untuk penjaja sementara..ada bnyak warung di situ yang menjual pelbagai juadah..semua nmpak sedap...

 Habis licin laksa kami kerjakan...sedap laksa kat sini

Lepas mengisi perut, kami beli tiket bas balik ke Alor Setar.. RM10 seorang..bas full sebab rakyat Kedah yang bekerja di Penang pakat balik kampung, tapi tak apa, janji selamat sampai ke destinasi...


 Sementara menunggu bas tiba...

Alhamdulilah dalam pukul 11 malam kami sampai di Shahab Perdana A.Star..Rasa agak puas hati dengan percutian kali ni...dan Insyallah another trip to come kalau ada rezeki nanti...

Apa yang dapat disimpulkan disini, percutian ni bukan sahaja untuk berseronok dan merehatkan minda, tapi pengalaman yang dapat dikutip adalah yang paling berharga...dari trip ni kami dapat pengajaran dan belajar benda baru dan sbg improvement bila kami rancang trip yang lain nanti...

Ok stakat ni aja laa..yang dapat di kongsikan..walaupun entry macam melepaskan batuk di tangga..tapi hado la jugak kan..

Sampai bertemu lagi dlam entry yang akan datang...daaaaaaa...