Monday 24 November 2014

Bila Tiba Hujung Minggu

Yeay weekend datang lagi!!!




Saya suka hari sabtu dan ahad. Sebab husband ada kat rumah seharian. So wife boleh rehat sikit.


Bila suami ada di rumah dia akan ambil alih tugas jaga Uthman. Uthman pun bukan main sombong lagi dengan mama, semua nak abah dia buatkan.. main bersama makan bersama, tidur pun bersama... sampai abah masuk bilik air pun nak ikut.. menangis depan pintu bilik air macam dunia nak berakhir.. amboi sangat dia tu..



So aku buat apa? aku jaga Hana je.. since Hana tak banyak perangai sangat, yela kecik lagi kan.. mama boleh la tidur rehat2..urus diri. Kalau weekdays tak sempat nye nak grooming from head to toe.


Waktu weekend jugak adalah hari yang kami satu famili boleh jalan2. Tak kisah la pergi mana pun... jauh ke dekat... selalunya shoping groceries dan bahan basah... tak pun keluar makan. kalau kat Putrajaya ni aku suka makan kat Umai... kueteow ladna dia sedap... tapi kena pergi betul2 lepas magrib..kalau tak, full house...last week pergi petang...huuh penuh...so jalan2 je laa kat situ



 Ni kat taman tepi Umai



Nampak tak beza tu, Uthman behave je ngan abah...ngan mama noti dia ni..



Sabtu baru ni just pegi Giant Seri Kembangan...nak ke Alamanda, maaf la...confirm crowded...cuti sekolah kan...oh ya ada karnival Upin Ipin jugak kat PICC...tapi idak le kami nak pergi walaupun PICC sebelah kuaters kami ni je...masa nak kluar pergi Giant tu..jam ya rabbi... Kiri kanan bahu jalan berderet kereta parking...tu yang husband tak nak pergi tu...lagipun Uthman tak la minat sangat upin ipin..mana la tau kot2 nanti bila anak2 dah suka..sanggup abahnya redah crowd dan jam tu...




Sampai Giant je terus pekena sizzling yee mee...boleh tahan laa rasa dia..uthman macam biasa melekat je ngan abah dia...Hana pulak dah pandai sekarang..duduk senyap je dalam stroller...tengok gelagat orang lalu lalang..







Dah makan kami pergi shoping sikit...pastu gunting rambut Uthman...da panjang sangat rambut awang ni, sampai tutup telinga...dah la kuat berpeluh



 
Uthman bukan boleh duduk diam tu..kejap toleh kanan kejap toleh kiri..mujur barber tu cekap..zup zap zup zap da siap
 
 
Mama ambil peluang berselfie ngan Hana...tak de orang dalam kedai tu ok laaa...kalau ada orang tak de nya aku nak buat gini.. 




Ahad pulak just rehat2 di rumah...plan nak keluar petang tu..tapi tak jadi sebab hujan lebat sangat..dok rumah teman cek abang tengok bola je la....dan esok tu dah hari isnin...huhu...sekejap nye lahai...oh weekend please come fast....

Monday 17 November 2014

Hana Rumaisa di Usia 3 bulan

Salam to all...
Kali ni nak cerita pasal anak daraku nan seorang ni... Sekarang dah 3 bulan 2 minggu...
Dalam usia 3 bulan ni mama dah boleh baca perangai Hana. Nak jaga Hana agak senang. pagi2 lepas abah pi kerja kena bagi mandi, kalau tak dia dah mula rimas resah. lepas mandi bagi susu confirm tido. tidur tak kisah dalam buaian boleh, atas katil pun boleh. tapi kalo nak bagi tido lama kna letak dalam buaian laa..


 
Kalau dah jaga, Hana tak suka baring atas tilam, dia suka orang dukung. tapi aku tak ikut sangat laa kemahuan dia tu. aku letak jugak atas tilam. mula2 nangis.tapi aku buat tak tahu je...tengok jer akal dia tu... Lepas tu senyap laa. isap2 jari penumbok dia tu, ngiring2. dah boleh meniarap. Sekarang dah pandai meniarap dek kerana aku biar je dia berbaring... Hana tak macam Uthman. Uthman dulu lambat meniarap. Dah 6 bln pun x mau meniarap lagi. Boleh la nak meniarap tapi sangat susah.


 
Hana ni suka sengih. pantang orang tegur nanti tersenyum je.dah pandai ajak bersembang.. Ada satu malam tu dia terjaga pukul 3 nak susu. lepas minum susu tu dia bantai menyembang. Aku dah mengantuk sangat. Biar je la dia sembang sorang2, sedar2 dah tertido sendiri. Hana sangat suka mandi. Kalau tengah menangis kita buka baju dia nak bagi mandi, dia boleh automatik senyum. Nampak tak, pandai berlakon...


 
Bila malam Hana tidur dalam baby cot. Sebab katil tak muat nak tido sekali, dah la Uthman tidur lasak. Mujur Hana ok tido dalam tu...


So far alhamdulillah Allah permudahkan urusan nak jaga Hana ni. Dulu selalu terfikir macam susah je nak jaga 2 orang anak kecil yang jarak umur sangat dekat.. Tapi aku bersyukur sangat sebab tak susah nak handle Hana. Uthman pun dah makin cerdik, dah pandai bawa diri.


Asyik cerita pasal Hana je kan..


Insyallah next2 entry cerita pasal Uthman pulak ok. Bye...