Monday, 17 November 2014

Hana Rumaisa di Usia 3 bulan

Salam to all...
Kali ni nak cerita pasal anak daraku nan seorang ni... Sekarang dah 3 bulan 2 minggu...
Dalam usia 3 bulan ni mama dah boleh baca perangai Hana. Nak jaga Hana agak senang. pagi2 lepas abah pi kerja kena bagi mandi, kalau tak dia dah mula rimas resah. lepas mandi bagi susu confirm tido. tidur tak kisah dalam buaian boleh, atas katil pun boleh. tapi kalo nak bagi tido lama kna letak dalam buaian laa..


 
Kalau dah jaga, Hana tak suka baring atas tilam, dia suka orang dukung. tapi aku tak ikut sangat laa kemahuan dia tu. aku letak jugak atas tilam. mula2 nangis.tapi aku buat tak tahu je...tengok jer akal dia tu... Lepas tu senyap laa. isap2 jari penumbok dia tu, ngiring2. dah boleh meniarap. Sekarang dah pandai meniarap dek kerana aku biar je dia berbaring... Hana tak macam Uthman. Uthman dulu lambat meniarap. Dah 6 bln pun x mau meniarap lagi. Boleh la nak meniarap tapi sangat susah.


 
Hana ni suka sengih. pantang orang tegur nanti tersenyum je.dah pandai ajak bersembang.. Ada satu malam tu dia terjaga pukul 3 nak susu. lepas minum susu tu dia bantai menyembang. Aku dah mengantuk sangat. Biar je la dia sembang sorang2, sedar2 dah tertido sendiri. Hana sangat suka mandi. Kalau tengah menangis kita buka baju dia nak bagi mandi, dia boleh automatik senyum. Nampak tak, pandai berlakon...


 
Bila malam Hana tidur dalam baby cot. Sebab katil tak muat nak tido sekali, dah la Uthman tidur lasak. Mujur Hana ok tido dalam tu...


So far alhamdulillah Allah permudahkan urusan nak jaga Hana ni. Dulu selalu terfikir macam susah je nak jaga 2 orang anak kecil yang jarak umur sangat dekat.. Tapi aku bersyukur sangat sebab tak susah nak handle Hana. Uthman pun dah makin cerdik, dah pandai bawa diri.


Asyik cerita pasal Hana je kan..


Insyallah next2 entry cerita pasal Uthman pulak ok. Bye...

2 comments:

  1. Comel la hana... Moga hana jd anak yg baik dan solehah..jaga mama ye ;)

    ReplyDelete