Saturday 13 August 2011

Jom Try Masak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Untuk entry kali ni, aku nak berkongsi dengan hangpa semua 2 resepi masakan yang mudah dan sesuai dimakan untuk sarapan, minum petang dan untuk berbuka pun boleh..Resepi-resepinya adalah Mee Hoon Goreng & Cucur Bakwan

Resepi Mee Hoon Goreng

Bahan-bahannya:

 Bahan kisar (5 tangkai cili kering + 3 ulas bawang putih + sebiji bawang besar + setengah biji tomato)

 Sayur sawi

Mee hoon yang direndam selama 15 minit di dalam air suam


 Fish cake & daging ayam dipotong dadu

Garam + perasa tambahan + sos tiram


Cara Penyediaan

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau

Masukkan sedikit sos tiram, garam, serbuk perasa dan kacau

Kemudian masukkan fish cake dan daging ayam

Masak sehingga pecah minyak

Masukkan mee hoon yang di rendam tadi

Kacau mee hoon sehingga sebati

Jika mee hoon masih keras, tambahkan sedikit air panas dan gaul sehingga lembut dan sebati

Masukkan sayur sawi dan kacau sampai puas hati
Kemudian bolehlah dihidangkan bersama tauhu goreng, telur dadar dan cili kicap cuka

Resepi Cucur Bakwan

Bahan-bahannya:

Tepung gandum

6 ulas bawang putih dikisar halus

Carrot + kobis dicincang dan bawang besar dipotong dadu

Sebuk lada hitam + perasa tambahan + garam

Cara penyediaan:

Campurkan bawang putih yang dikisar tadi bersama tepung gandum dan kacau
Kemudian masukkan sedikit serbuk lada hitam, garam, dan serbuk perasa, kacau sehingga sebati

Adunan menjadi sebati dan likat

Untuk mendapatkan bakwan yang lebih rangup, tambahkan sedikir air, kemudian kacau sehingga adunan menjadi cair sedikit seperti di bawah


Masukkan bawang besar, carrot, dan kobis

Kacau sehingga sebati

Biarkan adunan seketika (15-30 minit) sebelum digoreng

Panaskan minyak dengan api sebegini

Dengan menggunakan sudu, goreng adunan mengikut saiz dan citarasa anda

Alih-alihkan bakwan untuk mendapatkan hasil gorengan yang sempurna

Apabila bakwan sudah kekuning-kuningan, angkat dan toskan

Kemudian bolehlah dihidang bersama teh panas, enak dicecah dengan sos cili Thai.


Amacam? senang kan? So apalagi, selamat mencuba...

Setakat ini sahaja entry untuk kali ini...

Jumpa lagi di entry akan datang...

ASSALAMUALAIKUM...

3 comments:

  1. sha suka cucur bakwan tuuuuu! kat rumah kan..jadi favorite..bancuh sebekas besar...hmmpphh...habes hari tu jugak...hik! (^_<)v

    ReplyDelete
  2. a'ah memang sedap pun..aku suka sebab dia rangup..sedap makan panas2..kami belajaq nak buat bakwan dari maid kakak aku...indonesia mari...hehe

    ReplyDelete
  3. uihh..sedapnya! bla nk bwk mai mktbh jamu sya..hehe..

    ReplyDelete