Sunday, 10 July 2011

Holiday di Batu Ferringhi, Pulau Pinang (Hari Pertama)

Assalamulaikum & Salam Sejahtera....

*This is my version of Trip review..I wanna share my experience during my Holiday in Batu Ferringhi, and I hope this review will help you guys*

Pertama sekali aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesihatan dan rezeki yang tiada ternilai...Alhamdulillah Khamis dan Jumaat lepas, Aku, Huda, Raudzah, dan Raha (adik Raudzah) telah selamat menjalani percutian yang kami rancang..walaupun ada sedikit masalah dan dugaan, tetapi akhirnya dapat juga kami rasai percutian dan merehatkan minda di Batu Ferringhi...OK enough with the intro...

Percutian kami ni boleh aku katakan percutian budget sebabnya tentulah pakai ongkos yang sikit..apa tak nya kos untuk seorang tak sampai seratus (tak termasuk perbelanjaan untuk souvenir).

Setelah mendapat kata sepakat, hari Khamis kami berempat bertolak dari stesen bas Shahab Perdana, Alor Setar Kedah ke Jetty Butterworth pada pukul 9.00 pagi. Tiket cuma RM10.00 seorang...Perjalanan ke Jetty Butterwoth hanya mengambil masa 2 jam..Best jugak sebab dapat tengok scenery sawah padi yang menghijau (bajet tak penah tengok)..tapi hari tu agak berjerebu, dengar2 sebab pembakaran hutan di negara jiran..wallahua'lam

Sawah padi yang menghijau (Subhanallah)

Pencahayaan yang kurang, tapi nak jugak enterframe..

Tepat pukul 11 pagi kami pun sampai di Perhentian Bas Butterworth (berhampiran Jetty). Dari situ kami terus ke Jetty Butterworth cari tiket Feri ke Jetty Georgetown.


Ok kat sini mai nak habaq kat hangpa naa..nak naik feri ni kena pakai syiling..lima kupang, sekupang tak main na..dia nak semua duit syiling dua kupang...kalau tak ada syiling, usah buntu korang boleh tukar di kaunter...oh, untuk ke Jetty Georgetown kami hanya dikenakan RM 1.20 seorang dan tiket ni adalah return ticket..so tak payah bayar dah tiket bila nak balik ke butterworth...

Aku dan Huda atas feri ke Jetty Penang. Feri agak lengang sebab hari minggu..

Lepas 15 minit berlalu, kami pun tiba di Jetty Georgetown. Dari Jetty Georgetown kami naik bas Rapid KL no 101 ke Batu Ferringhi, RM 2.70 dikenakan seorang..Perjalanan ke Batu Ferringhi sgt memeningkan, jalan bengkang-bengkok..tapi pemandangannya cantik sebab kami dapat tengok pantai sepanjang perjalanan..dan di sebabkan pening, den tak sompek nak ambil gambar..so tak dapek nak tunjuk kat sini...

Perjalanan ke Batu Ferringhi mengambil masa lebih kurang 1 jam..kami berhenti di Apartment Bayu Emas berhadapan dengan Hotel Hard Rock Cafe.

Huda dah booked homestay di apartment Bayu Emas seminggu sebelum tarikh holiday. So sampai ja kami terus check in...Tuan Rumah Kak Rina sangat baik..walaupun kami masuk awal 1 jam, kami tak dikenakan bayaran..Kamsahamida Kak Rina..semoga murah rezeki..

First time masuk rumah tu, rasa seronok sebab bersih dan berbau wangi..it was more than i expected...Pandai Huda cari tempat berteduh..Thanks to Huda...Ni link Homestay Bayu Emas http://penang-homestay.blogspot.com/ so, boleh contact thru this blog kalau berminat..

Oh ya kos untuk penginapan cuma RM150 satu malam...ada dua bilik, satu master bedroom dilengkapi dgn bathroom skali, dan satu bedroom dan ada bathroom jugak...

Aku, Huda dan Raudzah di hadapan Homestay, Apartment Bayu Emas

Pintu masuk Homestay...Keselamatan Insyallah terjaga..ada Pak Guard lagi kat Main Entrance

Lepas check in kami berehat-rehat sekejap di apartment...tidur smpai tak sedar masa berlalu..sedar-sedar terus solat Jama' Zohor & Asar..Perut dah berkeroncong..kami pun bersiap2 nak cari lunch..Alhamdulillah ada beberapa gerai makanan berdekatan, kami pilih gerai Melayu bersebelahan dengan restoran Arab. Kami pesan makanan goreng sahaja..kos untuk seorang lebih kurang RM6 ke RM8..Not bad la rasanya

 
Menu for Lunch: Nasi goreng Belacan, Kampung, Udang dan Nasi Goreng Thai

Selepas mengisi perut kami ke pantai Batu Ferringhi. Nak mandi. Kami hanya berjalan kaki ke pantai ,dekat sahaja, jalan dalam 5 minit dah sampai...

 Raudzah and her sister Raha
 

 Aku in the middle, si Ratu sengih


 Huda pulak enterframe..beg besar bawak bekalan..

 Yeay!!! mandi pantai

 Ombak dia best...

Pantai Bt Ferringhi tak berapa bersih..Langkawi beach is much better

Puas bermandi-manda di pantai, kami bermandi-manda pula di swimming pool Bayu Emas..first time aku terjun swimming pool, jakun gila...hehehe

Kejakunan terserlah...

Tak sedar masa berlalu, hampir 2 jam kami berendam..habis kecut jari tngan dan kaki..Alhamdulillah tak dapat flu..

Balik dari kolam renang kami solat Jama' Maghrib dan Isya..then kami ke Uptown Batu Ferringhi, ala-ala pasar malam gitu...nak cari souvenir..Uptown ni kat tepi-tepi jalan ja..dianggarkan gerai sepanjang 2 km...banyak jugak pilihan untuk souvenir...dapat lah 2-3 jenis buat habuan hadiah kat kawan2 dan famili...

 Permandangan sekitar uptown

Lagi permandangan sekitar uptown

Selesai shopping, kami naik bas Rapid KL balik ke apartment...senang, kat sini bnyak bas lalu lalang...sangat mudah dan tak meletih kan. Oh ya, tiket ke apartment cuma RM1...




Tiba di apartment kami singgah soru dulu for dinner. Gerai yang tadi jugak dan anggaran kos makanan pun sama macam lunch tadi...



Menu for dinner: Tomyam campur + nasi, mee udang, mee tomyam

Gambar kurang jelas tanda kami dah lapaq menggeletaq...harap maaf ye..

After dinner kami balik ke apartment dan terus tidur sebab mata pun tak larat dah nak angkat...hibernate jap, kumpul energy for the next day..

So that's all my review for day 1 in Batu Ferringhi..Insyallah i'll update a review for day 2...Bye....




4 comments:

  1. Salam..thxs for sharing..nk tanya awk still keep contact no homestay tu x? Coz sy tgk blog dia mcm x active la..thxs ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...saya pn fa lma x contact..tapi cuba u contact no dia : riena 0124369693.

      Delete
  2. Tu bukan rapid kl..tu rapid penang..haha..rapid kl kat kl..hehe

    ReplyDelete
  3. Tu bukan rapid kl..tu rapid penang..haha..rapid kl kat kl..hehe

    ReplyDelete